Tuesday, April 10, 2012

Botak,Hijau & Kecik

Bila terbaca title post nie satu perkara yang terlintas dikepala adalah TOYOL. Banyak definisi mengenai si Hulk kecik nie, namun aku nak citer dari konsep Pendidikan/Education.

Masa aku mula2 masok U, ingatkan xde dah "nota kecik" dibawa ke Exam Hall..ingatkan itu hanyalah perbuatan peringkat Middle Education je....namun ia berlaku jgak kat Universiti.

WalaupOn Universiti nie Higher Education tapi kebanyakkannya memiliki tahap kesedaran yang masih Rendah.  Jauh dari level yang sepatutnya.  Dimana keberkatan belajar jika perkara ini masih diamalkan dalam pendidikan tinggi kita.

Mendapat Pointer yang tinggi amat membanggakan, namun jika cara memperolehi pointer dengan berbekalkan "toyol" ketika menjawab exam, dimanakah "Kemanisan Usaha dan Belajar"?

Ada yang kate "ini lor usaha kami...membuat 'toyol' masok ke dalam exam hall"... Ini membuatkan saya terpikir mengenai perlakuan Robin Hood yang mencuri untuk membantu orang lain...


Belajar itu pahala, namun jika 'toyol' yang diamalkan, mana pergi keberkatan tu kan..

So even Pointer korang rendah atau cukop2 makan je..its OK..korang dah berusaha and itu telah diberikan kepada korang, maka terima dengan ati terbuka untuk berusaha lebih lagi dimasa hadapan... lama kelamaan korang akan rasa kemanisan belajar dan keberkatan dari DIA yang kite cari sebenarnya.

Entry nie bukan ditujukan kepada sesape tapi cume untuk mengingatkan pada semua dan diri saya sndiri.. Janganlah kita TIPU diri sendiri dan Berusaha dengan cara yang diRedhai :)